PERSIDANGAN DIGITAL SEKTOR AWAM 2021
NORMA BAHARU PENDIGITALAN: MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN BERPAKSIKAN RAKYAT
Kerajaan hari ini memahami bahawa transformasi digital bukan lagi satu pilihan. “Normal baharu” dan evolusi pantas dalam perkembangan teknologi digital telah membawa kepada perkembangan ekonomi GIG dan generasi baru yang menjurus ke arah digital disruptors. Untuk itu, Kerajaan perlu lebih kreatif dalam merangka kaedah dan cara baharu yang lebih berinovatif dalam menyediakan perkhidmatan Kerajaan yang bertunjangkan keperluan pengguna. Oleh itu, peranan Pemimpin Digital terutamanya Ketua Pegawai Maklumat dan Pengurus ICT Agensi Kerajaan perlu dipergiat untuk bertindak balas terhadap keperluan masa hadapan digital ini.
Masa depan digital (Digital future) dalam Kerajaan berteraskan idea bahawa semua perkhidmatan Kerajaan beroperasi secara digital pada masa akan datang. Kerajaan perlu mengembangkan kemampuan dan kompetensi dalaman bagi membolehkan pengendalian perkhidmatan Kerajaan adalah lebih efektif dan efisien. Selain itu, transformasi digital ini juga menghadirkan cabaran baru dan signifikan di mana Kerajaan perlu proaktif dalam memahami dan meramalkan rancangan tindakan bagi menghasilkan perkhidmatan digital Kerajaan yang mampu memenuhi keperluan segenap penggunanya.
Sehubungan itu, persidangan yang diadakan dalam satu (1) hari ini akan memberi peluang kepada Pemimpin Digital Kerajaan untuk saling berkomunikasi antara satu sama lain dan juga dengan industri untuk mewujudkan peluang untuk perbincangan yang bermanfaat dalam menghadapi masa depan digital.
Bidang Fokus PDiSA 2021

Manusia
- Pendigitalan Pemangkin Perkhidmatan Berpaksikan Rakyat (Digital First Citizen Focus)
- Kompetensi Sumber Manusia (Human Resource Competency)

Proses
- Daya Tahan Digital (Digital Resilience)
- Keupayaan Menjadi Pantas Dan Lancar (Agility)

Teknologi
- Teknologi Baru Muncul (Emerging Technology)
- Keselamatan Siber (Cybersecurity)

Data
- Analitis Data (Data Analytics)
- Kepintaran Data (Data Intelligent)
- Perkongsian Data (Data Sharing)
- Tadbir Urus Data (Data Governance)
Sasaran PDiSA 2021
Peserta Secara Fizikal
Peserta Secara Maya
Pelawat Pameran
PAMERAN MAYA

Pameran Maya akan dibuka pada hari persidangan
Dewan Persidangan akan dibuka pada hari persidangan
AGENSI YANG TURUT SERTA DALAM PAMERAN MAYA PDiSA 2021
Antara agensi yang turut serta dalam pameran maya PDiSA 2021
ATURCARA & AGENDA PERSIDANGAN
08:00
Ketibaan Tetamu dan Ketibaan Dif-dif Jemputan
09:00
Ketibaan YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali
Ketua Setiausaha Negara
Sesi bergambar
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
09:20
Ucapan Aluan
Oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail
Ketua Pengarah MAMPU
09:25
Ucapan Perasmian
Oleh YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali
Ketua Setiausaha Negara
09:45
Montaj Perasmian PDiSA 2021
Pelancaran Inisiatif MAMPU
Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025
Pengiktirafan
Kumpulan Wang Amanah ICT (KWAICT)
10:00
Minum Pagi
10:15
Pandemik Covid-19: Revolusi Dunia Digital
YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah binti Mahmood
Penasihat Khas (Kesihatan Awam) kepada YAB PM
11:00
Perbincangan Panel — Meneroka Masa Depan Digital: Perubahan Landskap Digital Dalam Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan
Moderator: Encik Kamarul Bahrin bin Haron
Panel 1: YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamad
Menteri di JPM (Ekonomi)
Panel 2: Encik Imri bin Mokhtar
MD/GCEO, TM
Panel 3: YBhg. Tan Sri Abdul Rahman bin Mamat
Ahli Lembaga Pengarah — Kumpulan, MIDF
Panel 4: YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi bin Abdul Malek
Pengerusi MCMC
12:00 pm
Makan Tengah Hari
14:00
Multi-Cloud: Masa Depan Dalam Mengimbangi Kitaran Bakat Bagi Mencapai Digitalisasi Negara
YBrs. Dr. Abu Hasan bin Ismail
Ketua Pengarah Urusan Kumpulan,
AwanBiru Technology Bhd.
14:20
Disruptive Innovation: Shaping Innovation In Organizational
Encik Sabri bin Abdul Rahman
Pengarah Eksekutif,
DAPAT Vista (M) Sdn Bhd.
14:40
Government Go Cashless
Datuk Dr. Yacob bin Mustafa
Akauntan Negara Malaysia
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
15:00
Malaysia Bandar Pintar: Manfaat kepada Rakyat Dalam Persekitaran Digital
YBrs. TPr Gs Dr. Shamsaini binti Shamsuddin
Ketua Pengarah,
PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
15:20
Go Chat: Tips and Tricks in Digital Workplace
Encik Hussin bin Abu Bakar
Ketua Perunding ICT, MAMPU
15:40
Sains, Teknologi dan Inovasi: Digital Norma Baharu
YB Khairy Jamaluddin
Menteri Sains, Teknologi & Inovasi
16:00
Ucapan Penutup
Oleh YBrs. Tuan Haji Azih Yusof
Timbalan Ketua Pengarah (ICT), MAMPU
Merangkap Government Chief Information Officer (GCIO)
16:15
Minum Petang / Bersurai
SENARAI PEMBENTANG

YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah binti Mahmood
Penasihat Khas [Kesihatan Awam] kepada YAB PM

YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamad
Menteri di JPM [Ekonomi]

Encik Imri Mokhtar
Managing Director / Group Chief Executive Officer TM

YBhg. Tan Sri Abdul Rahman bin Mamat
Ahli Lembaga Pengarah – Kumpulan, MIDF

YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi bin Abdul Malek
Pengerusi, MCMC

YBrs. TPr Gs Dr. Shamsaini binti Shamsuddin
Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)

YB Khairy Jamaluddin
Menteri Sains, Teknologi & Inovasi

YBrs. Dr. Abu Hasan bin Ismail
Ketua Pengarah Urusan Kumpulan, AwanBiru Technology Berhad
SERTAI SEKARANG
Peserta pameran akan dapat membentangkan idea dan bersama bekerjasama meningkatkan kualiti perkhidmatan Kerajaan yang berpaksikan rakyat melalui konsep “Kerajaan Digital”. Bersama mengarusperdanakan konsep tersebut mengikut trend semasa teknologi dunia.
Para pengunjung berupaya untuk mendapatkan maklumat pertama mengenai inovasi baru dalam industri, dan belajar tentang trend terkini dan berita industri. Membina kenalan baru dan bertukar-tukar idea dengan agensi Kerajaan, akademia dan sektor swasta. Nikmati akses pameran hibrid (fizikal dan maya) yang merangkumi tujuh bidang fokus yang berbeza, menawarkan pengalaman unik di seluruh spektrum pendigitalan dan teknologi, semuanya di bawah satu bumbung.


